A cara penutup tirai Piala Suzuki AFF Malaysia menentang Indonesia dimenangi oleh pasukan Malaysia dengan agregat 4-2 dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia berikutan cuti pada 31 Disember 2010 sempena menyambut kemenangan tersebut.Tahniah Malaysia. (Cuti tu la yang paling best sebenarnye pun..kan?)
P embunuhan terancang terhadap Datuk Sosilawati Lawiya, 47 pada 30 Ogos 2010 menjadi perhatian media apabila kehilangannya menjurus kepada kes pembunuhan kejam.
Sosilawati yang merupakan seorang usahawan kosmetik mati dibunuh bersama 3 individu yang lain.
Mangsa mati ditikam,dikerat dan dibakar. Abunya dilepaskan di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut bersama bahan bukti lain yang dibuang berasingan.
Sesapa yang tak pernah follow kes ni, gi la try google. Kematian yang sadis, mastermind die pun mmg sgt kejam orangnye. Takziah buat keluarga.

N ovember 2010 ; Prudential BSN Takaful melancarkan produk PruBSN Ummah.
Merupakan pelengkap simpanan haji anda dengan menyediakan ;
1) keperluan untuk menunaikan haji
2) menyediakan simpanan juga melindungi peserta secara serentak.
3) banyak lagi..
4) banyak lagi..
Tak faham?Inginkan maklumat lanjut? Boleh ajukan soalan menerusi comment atau email.

2 010 juga menyaksikan ramai member-member yang mula melangkah ke alam perkahwinan.
Yang sebelum ni single-mingle,dah bercouple.. yang dah bercouple, mula bertunang. Yang dah bertunang, ada yang dah kahwin. Ramai yang dah kahwin tu, ramai jugak yang dapat baby.. Congratulation to u all.
(aku?bila lagi? jeng..jeng..jeng..)

2 010 juga banyak menceritakan perkara² yang terjadi pada diri dazPRU. Berenti kerja,cari kerja lain, start bisnes, jumpa orang baru, kenalan baru, jumpa balik member² lama, motor rosak, tayar pancit, kena marah, kena tipu, lambat bangun pagi, duit ilang, eksiden kete dan macam macam lagi.
M acam mana pun, biarlah 2010 yang kita tinggalkan ini akan jadi pengajaran bagi tahun tahun yang mendatang. Insyallah.

No comments:
Post a Comment